Saturday 15 December 2012

Minsk ke Smolensk



21 Jul 05.   Meninggalkan Minsk pada jam 08.30 pagi menuju ke sempadan Belarus dan Rusia di Rudnya  pada 02.30 petang. Sekali lagi kami terpaksa menghadapi birokrasi dan kerja yang tidak pofesional pihak Imigrisen kedua-dua Negara membuatkan masa terbuang hampir 6 jam.


Perjalanan hanya dapat diteruskan pada 08.30 malam. Sampai ke Hotel pada 10.30 malam (masa tempatan). Setelah mendaftar, saya membuat sedikit pembaikan terhadap system brek belakang motorsikal kerana “hose break” putus. Alhamdulillah dalam masa 2 jam kerja-kerja pembaikan selesai dengan bantuan Mr Kuang yang merupakan pemilik Willie Motor Sungai Buluh.

Masa di Belarus adalah satu jam kehadapan dari masa Rusia.
Jarak : 322 Km

Smolensk merupakan sebuah bandar dan pusat pentadbiran Wilayah Smolensk, Rusia, terletak di Sungai Dnieper, 360 kilometer barat-barat daya Moscow. Penduduk: 326.861

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.