Saturday 15 December 2012

Smolensk ke Moscow



22 Julai 2005. Sebelum meneruskan perjalanan, sempat juga melawat beberapa kawasan menarik di Smolensk untuk dijadikan kenangan.  Pada jam 1030,  meninggalkan Bandar Smolensk menuju ke Moscow dan sampai pada jam 1845 dengan jarak perjalanan sejauh 415Km. Setelah sampai kami telah disambut dengan majlis makan malam yang telah dianjurkan oleh Kedutaan Malaysia ke Rusia pada jam 2030. Ini merupakan saat dan ketika yang dinantikan kerana setelah sekian lama rindukan masakan Malaysia.

“Moscow adalah sebuah bandar yang superlatif. Ia mempunyai jutawan paling ramai, secawan kopi yang paling mahal dan akan datang ia akan mempunyai bangunan yang paling besar di dunia”. Itu merupakan kata-kata kebanyakan orang-orang di Moscow.

Ia juga merupakan bandar paling mahal dan menurut satu bancian pengundian, Moscow merupakan bandar yang paling tidak mesra di dunia.























































Bersama Mr Philip (ground operator) di hadapan Hotel Moscow




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.