Wednesday 28 November 2012

Penjelajahan Seterusnya, Berlin Ke Warsaw Poland.


17 Jul 05. Jam 7 pagi, perjalanan diteruskan menuju ke Kedutaan Malaysia di Berlin. Sampai di sana kami telah ditunggu dengan jamuan sarapan pagi. Dengan kemesraan warga kedutaan cukup menceriakan dan melegakan kami. Tambahan pula kami dihidangkan dengan nasi lemak, almaklumlah sudah beberapa hari tidak dapat menikmati keenakan nasi lemak, terima kasih pada kakitangan Kedutaan. 

Kebetulan semasa kami di Warsaw terdapat
Europen Big Bike Mate

Tepat jam 9 pagi kami mula meninggalkan perkarangan bangunan Kedutaan untuk menuju ke destinasi baru iaitu Warsaw, Poland. Jarak perjalanan yang bakal ditempuh sejauh 605 Km.

Kami sampai di sempadan Jerman/Poland iaitu Schwedt pada 12 tengahari. Dari sempadan untuk menuju ke Warsaw kami di iringi oleh Polis Tentera Poland bagi tujuan keselamatan dan kelancaran perjalan. Mereka silih berganti dalam jarak lebihkurang 50 Km.

Monday 26 November 2012

Pejelajahan Dari Hannover - Berlin Jerman


16 Jul 05. Perjalan dimulakan seawal jam 7 pagi menuju ke destinasi baru iaitu Berlin. jarak perjalanan sejauh 336 Km. Disepanjang perjalanan masih menggunakan Lebuhraya Eropah Autobhans E30. Alhamdulillah, perjalanan lancar, sekitar 2 petang kami telah selamat sampai ke Berlin. Terus ke tempat penginapan di Hotel Ibis Berlin.

Dengan kesempatan dengan masa yang agak panjang untuk meneruskan bagi perjalanan seterusnya pada ke esokan harinya, kami telah menikmati keindahan Bandaraya Berlin yang terkenal dengan peninggalan bersejarah yang dikenali sebagai Tembok Berlin,

Tembok Berlin

Disini, dulu-nya, berdiri tegak suatu tembok yang memisahkan satu kota dan satu bangsa. Namun sekarang ia sudah tiada lagi, hanya terdapat simbolnya dan kenangan saja. Bangunan kuno itulah sebagai simbol terbelah-nya Berlin.


Thursday 22 November 2012

Jejak Kembara Hari Kedua (Hoak Van Holland - Hannover Jerman)


Pagi 15 Jul 2010, setelah selesai pemunggahan kenderaan serta peralatan, perjalanan dimulakan jam 8.30 pagi waktu tempatan menuju ke Hannover Jerman. Perjalan ini dijangka sejauh 415Km.

Laluan pertama menggunakan Lebuhraya Autobhans E25 menuju ke Rotterdam. Sedikit terasa kelainan apabila menggunakan highway ini disebabkan keseluruhan benua Eropah menggunakan system pemanduan kenderaan sebelah kiri. Sudah semestinya mengalami sedikit kekok terutamanya apabila melalui jalan dua hala. 

Autobahns Jerman membentuk sistem lebuh raya nasional yang diselaraskan. Dalam bahasa Jerman, ia dipanggil (Bundesautobahn plural Bundesautobahnen, abbreviated 'BAB')), yang diterjemahkan kepada "lebuhraya persekutuan". Autobahns Jerman tidak mempunyai had kelajuan umum, tetapi had laju nasihat (Richtgeschwindigkeit) adalah 130 kilometer per jam (81 mph).

Sunday 18 November 2012

Pengembaraan Bermula, London ke Hoek Van Holla



 

Perjalanan pengembaraan bermula pada 14 Jul 2005. Berlepas dari Holiday Villa pada jam 10.30 pagi (waktu London) menuju ke Kedutaan Malaysia di Belgrave Square London.

Upacara pelepaskan (flagoff)  telah dilakukan oleh Duta Besar Malaysia ke London dan YB Timbalan Menteri Pertahanan Dato’ Zainal Abidin Zin pada jam 3 petang (local time) di hadapan Kedutaan Malaysia. Kami memulakan perjalanan menuju ke Pelabuhan Harwich melalui Chelmsford dan Colche. Perjalan sejauh lebih kurang 130Km. 









                          Bersama Dr Ernest Yong
Setelah bosan melalui kesesakan jalan raya, kami sampai di Pelabuhan Harwich pada jam 8.30 malam. Walaupun jam sudah menunjukan jam 8 malam, keadaan masih terang benderang dan masih menggunakan "sun glass".  Perjalanan diteruskan dengan menaiki ferry Stena Line yang merentasi lautan 'North Sea"  Strait of Dover ke Hoek Van Holland, Holland. Ferry memulakan perlayar pada jam 10 malam dan selamat sampai pada jam 8 pagi waktu Holland.

Sedikit mengenai Harwich, ia merupakan sebuah bandar di Essex, England dan salah satu daripada pelabuhan Haven, yang terletak di pantai Lautan Utara ke timur, berada di daerah Tendring. Tempat ini berdekatan Felixstowe ke timur laut, Ipswich ke barat laut, Colchester ke barat daya dan Clacton-on-Sea ke selatan. Ia adalah bandar utara pantai dalam Essex.

Kedudukannya di muara sungai Stour dan Orwell. Bandar ini merupakan pangkalan tentera laut England pada tahun 1657.

Jalan-jalan di Kota London


                                              Di KLIA, dihantar isteri tercinta 

Bermula pada 5 July 2005 apabila sebanyak 7 buah motorsikal di hantar ke London dengan pengangkutan laut. Penulis bersama ‘bikers’ yang lain berangkat dengan menggunakan pesawat Katar Air pada 11 Jul 2005 yang berlepas pada jam 08.45 malam dari KLIA menuju ke Lapangan Terbang Terbang Getwick, London. Tiba pada  06.55 masa tempatan. Rombongan telah di sambut oleh pihak “Ground Operator” iaitu Mama Liss. Pihak syarikat ini telah menyediakan sebuah bas sebagai kenderaan untuk membawa semua peserta serta peralatan ke, Holiday Villa Hotel, Bayswater, London. 
                                                                                                             
Semua perserta serta crew yang terlibat berada di kota Londan selama 4 hari bagi tujuan persiapan sebelum memulakan expidisi. Sewaktu berada di sana suasa keselamatan di London agak kurang stabil kerana hanya beberapa hari selepas kejadian pengeboman London Underground Bayswater. Pergerakan perserta agak terbatas. Walaubagaimana pun dengan sedikit ruang dan kebenaran para perserta mengambil kesempatan juga untuk menjelajahi sebahagian dari Kota London. Perjalanan kami di London di panduarah oleh En Ghani (Rakyat Malaysia yang telah bermastautin di sini). Almaklumlah bukan mudah untuk mendapat kesempatan bermotorsikal di Bandar Metropolitan London….


Lapangan Terbang Terbang Getwick

Holiday Villa Hotel

Hotel ini menawarkan layanan tradisional Malaysia di tengah-tengah kawasan yang sibuk bandar Bayswater, London yang berada kurang daripada 600 meter dari Hyde Park dan stesen London Underground Bayswater dan Queensway.

Saturday 17 November 2012

Ibu Mertuaku


Apa.....??? Siapa itu Kassim Selamat? Majistret? Doktor?.....

Kalau sebut Ibu Mertuaku, automatik kita teringat dialog dari filem P Ramlee ni. Teruk sangat ke ibu mertua zaman sekarang .... macam dulu-dulu. Sebut ibu mertua sahaja masing-masing dah mencebik terutama yang perempuan. Susah lah aku nak jumpa bila tanya pasal ibu mertua jawapan yang diberi "Mak mertua aku memang baik"... atau "mak mertua aku macam mak aku jugak"..... Jawapan yang sering diberi antaranya "Mak mertua aku ok tapi....." atau "mak mertua aku tu ok ok je.... boleh la....".

Tentang ibu mertua aku..... banyak yang nak aku ceritakan. Dengan umur sebegini mak lebih selesa untuk tinggal di kampung bersama adik ipar, Ijam. Kata mak kalau kat kampung mak boleh ambik angin kat luar.... tengok pokok bunga.... tanam sayur... pergi surau ..... ada ramai kawan-kawan, almaklumlah rumah Felda dekat-dekat.

Ayah dan Ibu Ku


Haji Subran Mohamad dan Hajjah Mastiah Jali. Kedua insan inilah ratu hatiku.

Ku sering berdoa:

Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.........

Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan
yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau
hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan
dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
 Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu..........
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..
 
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah,Istighfarlah...

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.

Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu

JEJAK KEMBARA BERMULA DARI KOTA LONDON


Catatan Nostalgia Pengembaraan Bermotorsikal, Kota London ke Malaysia

Catatan perjalanan ini sebagai kenangan perjalanan yang tidak akan dapat dilupakan buat selama-lamanya. Ia akan menjadi suatu catatan sejarah buat penulis dan teman-teman yang sama terlibat. Walau bagaimana pun catatan ini tidak begitu lengkap dan terperinci, sekadar untuk berkongsi pengalaman atau pun ia hanya tidak lebih sebagai sebuah diary.

Mengambil masa selama 50  hari bermula dari meninggalkan negara dengan menggunakan pesawat udara dan meneruskan perjalanan melalui darat bermula 11 Julai 2005 hingga 29 Julai 2005 untuk menguasi jarak perjalanan sejauh 15,000km. Merentasi 13 buah Negara.

Pengembaraan ini yang terdiri dari 7 ‘bikers’ yang berhati waja dan kental. Juga turut serta sebanyak 11 buah kenderaan 4 x 4. Untuk memenuhi pengisian catatan ini, penulis hanya akan berkongsi pengalaman tentang kumpulan bermotorsikal.

Banyak pengalaman pahit manis di sepanjang perjalanan, justeru penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman tersebut bersama pengunjung blog ini walau pun ianya tidaklah begitu lengkap dan teratur. Ikutilah catatan rentetan perjalanan tersebut ….. selamat melayarinya.