Monday 3 December 2012

19 July 2005 Perjalanan Warsaw - Brest Belarus


19 Jul 05. Penrjalanan seterusnya adalah dari Warsaw, Poland menuju ke Brest, Belarus. Perjalanan hanya sejauh 197 Km. Bermula dari Kedutaan Malaysia di Poland pada jam 9 pagi waktu Poland.

Brest merupakan bandar di sempadan Poland-Belarus. Walau jarak perjalanan nya agak dekat tapi kami terpaksa mengambil masa yang agak panjang. Ini disebabkan masa banyak terbuang sewaktu pengurusan di Imigrisen Belarus, terlalu banyak birokrasinya. Masa yang diambil selama 5 jam untuk menyelesaikan.

Bermula dari sempadan perjalanan kami di bawa oleh "Ground Operator" dari Rusia. Ini adalah sebahagian dari prasyarat yang ditetapkan oleh kerajaan Belarus, perjalanan tanpa bantuan "Ground Operator" kita tidak dibenarkan untuk membuat sebarang perjalanan.Begitu juga bagi Negara Rusia dan Kazak.

Kami sampai di Brest pada jam 11.30 malam dan menginap di Hotel Belarus. Suasana di Belarus malam amat pendek berbanding siang. Walaupun sudah 11.30 malam tapi masih terang benderang...









Bersama Mr Kuang " Bos Willy Motor Sg Buluh"

Brest, dalam bahasa Belarusian: Brest Брэст atau tradisinya Берасце, Bierascie; Lithuania: Brestas, pada awal nama Lietuvos Brasta (literal, 'Ford Lithuania'); Poland: Brześć; Rusia: Брест Brest), yang dahulunya juga Brest-on-Pepijat-("nad Brześć Bugiem "di Poland) dan Brest-Litovsk (" Litewski Brześć "di Poland, harfiah" Lithuanian Brest "), Ia merupakan sebuah yang berada di sempadan dengan Poland yang bertentangan bandar Terespol. Terdapat dua Sungai iaitu Bug dan Mukhavets yang bertemu di sini. Jumlah penduduknya sekitar  310,800 orang

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.