Sunday, 18 November 2012

Jalan-jalan di Kota London


                                              Di KLIA, dihantar isteri tercinta 

Bermula pada 5 July 2005 apabila sebanyak 7 buah motorsikal di hantar ke London dengan pengangkutan laut. Penulis bersama ‘bikers’ yang lain berangkat dengan menggunakan pesawat Katar Air pada 11 Jul 2005 yang berlepas pada jam 08.45 malam dari KLIA menuju ke Lapangan Terbang Terbang Getwick, London. Tiba pada  06.55 masa tempatan. Rombongan telah di sambut oleh pihak “Ground Operator” iaitu Mama Liss. Pihak syarikat ini telah menyediakan sebuah bas sebagai kenderaan untuk membawa semua peserta serta peralatan ke, Holiday Villa Hotel, Bayswater, London. 
                                                                                                             
Semua perserta serta crew yang terlibat berada di kota Londan selama 4 hari bagi tujuan persiapan sebelum memulakan expidisi. Sewaktu berada di sana suasa keselamatan di London agak kurang stabil kerana hanya beberapa hari selepas kejadian pengeboman London Underground Bayswater. Pergerakan perserta agak terbatas. Walaubagaimana pun dengan sedikit ruang dan kebenaran para perserta mengambil kesempatan juga untuk menjelajahi sebahagian dari Kota London. Perjalanan kami di London di panduarah oleh En Ghani (Rakyat Malaysia yang telah bermastautin di sini). Almaklumlah bukan mudah untuk mendapat kesempatan bermotorsikal di Bandar Metropolitan London….


Lapangan Terbang Terbang Getwick

Holiday Villa Hotel

Hotel ini menawarkan layanan tradisional Malaysia di tengah-tengah kawasan yang sibuk bandar Bayswater, London yang berada kurang daripada 600 meter dari Hyde Park dan stesen London Underground Bayswater dan Queensway.


Hotel ini terletak hanya 5 minit berjalan kaki dari kedua-dua Stesen London Underground Queensway dan Bayswater. London Paddington Station hanya 700 meter jauhnya dan menawarkan akses cepat dan mudah ke Lapangan Terbang London Heathrow, melalui perkhidmatan keretapi Heathrow Express.

Hotel ini juga menyediakan sarapan pagi kontinental pada setiap hari sementara masakan halal Malaysia dan masakan Cina di Lagenda Malaysian Restaurant.
Jumpa lagi selepas ini....................






 Bersama Mama (Isteri YB Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia)

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.