17 Jul 05. Jam 7 pagi, perjalanan diteruskan menuju
ke Kedutaan Malaysia di Berlin. Sampai di sana kami telah ditunggu dengan jamuan
sarapan pagi. Dengan kemesraan warga kedutaan cukup menceriakan dan melegakan kami.
Tambahan pula kami dihidangkan dengan nasi lemak, almaklumlah sudah beberapa hari
tidak dapat menikmati keenakan nasi lemak, terima kasih pada kakitangan
Kedutaan.
Kebetulan semasa kami di Warsaw terdapat
Europen Big Bike Mate
Tepat jam 9 pagi kami mula meninggalkan perkarangan bangunan
Kedutaan untuk menuju ke destinasi baru iaitu Warsaw, Poland. Jarak perjalanan
yang bakal ditempuh sejauh 605 Km.
Kami sampai di sempadan Jerman/Poland iaitu Schwedt pada 12
tengahari. Dari sempadan untuk menuju ke Warsaw kami di iringi oleh Polis
Tentera Poland bagi tujuan keselamatan dan kelancaran perjalan. Mereka silih
berganti dalam jarak lebihkurang 50 Km.
Keadaan jalan amat buruk sekali walaupun jalan yang
dilalui diketegorikan setaraf lebuhraya, timbul rasa berbangga kerana keadaan
lebuhraya Malaysia antara yang terbaik. Cuma mereka tidak mengenakan bayaran Tol.
Sampai di Warsaw pada jam 9.30 malam. Kami menginap di Hotel
Solec Orbis. Kami menginap di sini selama dua hari sehingga 18 Jul. Dengan
waktu rehat yang panjang kami mengambil kesempatan untuk membuat senggaraan
pada kenderaan serta membuat "city tour".
Warsaw
Warsaw atau Warszawa adalah ibu kota terbesar Poland. Ia terletak di Sungai
Vistula, kira-kira 260 kilometer (160 batu)
dari Laut Baltik dan
300 kilometer (190 km) dari Pergunungan
Carpathian. Penduduknya dianggarkan seramai 1,708,491 sementara
di kawasan yang lebih besar (metropolitan) 2,666,278 penduduk, menjadikannya Warsaw bandar 9 yang paling ramai
bilangan penduduk dalam Kesatuan Eropah. Kawasan bandarnya meliputi 516.9
kilometer persegi (199.6 persegi km), manakala aglomerasi
bandar ini meliputi 6,100.43 kilometer persegi (2,355.39 batu persegi).
Warsaw adalah sebuah bandar global, merupakan
destinasi pelancongan antarabangsa yang utama dan hab ekonomi yang paling penting di Eropah Tengah. Ia juga dikenali sebagai "bandar phoenix" kerana ia telah terselamat
dari peperangan yang banyak berlaku
disepanjang sejarahnya. Paling ketara,
bandar yang mengalami kerosakan yang besar kesan dari
Perang Dunia II, di
mana 85% bangunan telah musnah. Pada
9 November tahun
1940 bandar ini telah dianugerahkan oleh majlis tertinggi tentera Poland untuk
sebagai misi kepahlawanan, Militari
Virtuti, Pengepungan Warsaw (1939).Warsaw adalah sumber untuk menamakan entiti seperti Gabungan Warsaw, Pakatan Warsaw, Duchy Warsaw, Konvensyen Warsaw, Perjanjian Warsaw, Warsaw Uprising, Ghetto Warsaw, dan Kebangkitan Warsaw Ghetto.
Lagu dan tarian tradisional Poland




No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.