Apa.....??? Siapa itu Kassim Selamat? Majistret? Doktor?.....
Tentang ibu mertua aku..... banyak yang nak aku
ceritakan. Dengan umur sebegini mak lebih selesa untuk tinggal di kampung
bersama adik ipar, Ijam. Kata mak kalau kat kampung mak boleh ambik angin kat
luar.... tengok pokok bunga.... tanam sayur... pergi surau ..... ada ramai
kawan-kawan, almaklumlah rumah Felda dekat-dekat.
Teringat kali pertama bertemu semasa di awal perkenalan
dengan isteri aku. Mak memang mudah mesra dengan sesiapa jadi ia
memudahkan aku untuk menyesuaikan diri dengan keluarga. Tak susah untuk
aku mesra dengan mak sebab sikap mak mengurangkan rasa kekok aku. Senang cerita
mak memang sporting.
Keluarga isteri aku besar, ada 12 orang adik
beradik dan kesemuanya dah kahwin kecuali Ijam. Bukan senang membesarkan anak
seramai 12 orang dengan pendapatan sebagai peneroka.Lebih-lebih lagi apabila
arwah abah yang tidak pernah aku kenali meninggal dunia pada tahun 1993. Kesian
mak.... banyak pengalaman pahit manis membesarkan anak-anak. Macam-macam
karenah dan gelagat tetapi kasih mak tetap tak berubah.
Mak mertua aku memang sporting, suka gurau dan
ramah bukan macam allllaaa kasssiiim. Yang pastinya mak mertua ku akan sentiasa
memastikan hati menantu dijaga. Mak memang baik. Selalu modified perkataan
bahasa Inggeris .... jadi kelakar bunyinya yalah macam "happy
birthday" dah jadi hati bersih. Adakah aku berpendapat begini sebab aku
lelaki?.... Tak banyak cerita dan tak ambil kisah sangat? Sebenarnya tidak, Ibu
Mertuaku adalah ibu mertua yang terbaik di dunia. (kalau sesiapa baca artikel
ni jangan khabokan kat Ibu Mertua Ku yee, takut di cop kuat bodek pulak, yang
benonya itu ikhlas dari lubuk hatiku)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.