Haji Subran Mohamad dan Hajjah Mastiah Jali. Kedua insan inilah ratu hatiku.
Ku sering berdoa:
Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.........
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan
yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan
yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau
hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan
dengan kebaikan berlipat ganda.
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau
hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan
dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu..........
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu..........
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita
kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung
nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya,
airmatanya, keringatnya.
Istighfarlah,Istighfarlah...
Barangsiapa yang
matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris
hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa
anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.
Ayah... Ibu
ampunkanlah dosa-dosa anakmu
Anak-anak dibesarkan dengan penuh kasih sayang,
memang ada sedikit garangnya terutama ayah, itu cara atau style dia mendidik
anak-anak. Dalam soal didikan agama janganlah dikira, contohnya, tiba waktu
solat jangan cubak-cubak mau escape terutamanya Maghrib dan Isya, WAJIB
kesurau (surau sebelah rumah je pun) malah sampai dan tua-tua ni pun, tiba dah
dekat masuk waktu Solat Maghrib mesti kena saund kalau macam tak reti-reti nak
bersiap kesurau.
Aku adik beradik dibesarkan dengan tulang empat
kerat mereka. Cukup susah masa tu, kalau nak disamakan situasi masa kini, layak
mereka dapat Rakyat Termiskin. Yelah rumah berbumbung dan berdindingkan daun
bertam, lantai batang pinang, aaitt macam tak percaya je, betullll. Cukup susah
mereka nak membesarkan anak-anak.
Sampai sekarang tak akan aku lupa, basikal
pertama yang aku dapat untuk ke sekolah adalah hasil jualan sekandang ayam
peliharaan mereka. Itu untuk ke sekolah, apalah agaknya pengorbanan mereka
sehingga aku dapat masuk universiti, tak payah nak ceritalah, nanti aku sedih,
tak dapat la pulak nak tulis banyak kat sini. Ditambah dengan kerenah dan
kenakalan aku waktu kecil, naauzubillah, tapi mereka sabar. Alhamdulillah aku
bersyukur berjaya juga JADI ORANG. Itu aku, begitu jugalah dengan 6 lagi adik
beradik yang lain.
Hasil pencarian mereka masa tu seratus
peratus bersawah padi, oop terlupa ayah ada juga buat part
time, malam-malam tangkap ikan kat tasik. Dilanda
ribut, ada sekali tu kawan ayah sampai meninggal dunia dipanah petir kat
tengah-tengah tasik, itu belum masuk cerita jumpa hantu lagi, ahhhh macam-macamlah.
Sewaktu ke sawah anak-anak yang masih kecil di
letakan dalam dangau (pondok) bergerak, boleh pindah-pindah. Dekat rumah pulak
jangan harap nak tengok TV, malam pun pakai lampu pelita je.
Dengan kepayahan yang dilalui untuk membesarkan
anak-anak, tapi mereka sabar dan tabah menghadapi dugaan. Aku cukup bangga,
mereka dapat membentuk anak-anak hingga berjaya, alhamdulillah.
Aduhhh kalau nak cerita pasal kepayahan mereka
masa membesarkan kami adik beradik 10 hari 10 malam pun tak habis.
Dengan semua ini cukup menginsafkan diri aku.
Itulah pasal sampai sekarang ni kesabaran aku hilang dan tercabar bila
melihat atau terdengar ada anak-anak yang berkasar dengan ayah atau mak
mereka. Satu yang harus di ingat, sampai penghujung nyawa tidak akan
terbalas jasa mereka.
Kini alhamdulillah mereka masih sehat walafiat.
* Sekadar Renungan
* Sesungguhnya, di dalam
Islam, anak yang baik ialah anak yang dekat dengan Allah yang apabila dia
berdoa doanya akan dimakbulkan oleh Allah, bukannya anak yang dekat dengan
ayahanda bonda, yang kelihatan memanjai dan menyayangi ayahanda bonda, tetapi
yang belum tentu dekat dengan Allah dan yang apabila dia berdoa belum tentu
doanya akan dimakbulkan oleh Allah.
* Berdasarkan kepada
penjelasan ini, maka nyatalah bahawa anak derhaka yang sebenarnya mengikut
Islam adalah anak yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Allah yang apabila
dia berdoa doanya tidak akan dimakbulkan oleh Allah.
* Ia adalah selaras dengan
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Apabila seseorang itu meninggal dunia maka
putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang
memberi faedah kepada orang lain dan anak salih yang sentiasa berdoa untuk
mendapatkan kasih sayang Allah kepada kedua ibu bapanya”

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.